Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Jika dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu bank atau institusi kewangan pembangunan mengiktiraf kerugian rosotnilai suatu aset kewangan berdasarkan kepada kerugian kredit dijangka dalam untung atau rugi pada akaun hasil—
(a)
dalam hal kerugian kredit dijangka di bawah Peringkat 1, kerugian rosotnilai itu tidak boleh dibenarkan suatu potongan;
(b)
dalam hal kerugian kredit dijangka di bawah Peringkat 2, kerugian rosotnilai itu hendaklah dibenarkan lima puluh peratus potongan; atau
(c)
dalam hal kerugian kredit dijangka di bawah Peringkat 3, kerugian rosotnilai itu hendaklah dibenarkan seratus peratus potongan,
P.U. (A) 400 11
dalam menentukan pendapatan larasan bank atau institusi kewangan pembangunan itu daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Bagi maksud peraturan ini—
“kerugian kredit dijangka” ertinya purata wajaran kerugian kredit dengan risiko berlaku kemungkiran masing-masing sebagai pemberat;
“kerugian kredit dijangka di bawah Peringkat 1” ertinya jika risiko kredit pada suatu instrumen kewangan tidak meningkat secara signifikan sejak permulaan pengiktirafan risiko kredit atau jika instrumen kewangan itu ditentukan mempunyai risiko kredit yang rendah pada tarikh pelaporan, elaun kerugian bagi instrumen kewangan itu hendaklah diukur pada suatu amaun bersamaan dengan dua belas bulan kerugian kredit dijangka;
“kerugian kredit dijangka di bawah Peringkat 2” ertinya jika risiko kredit pada suatu instrumen kewangan telah meningkat secara signifikan sejak permulaan pengiktirafan risiko kredit sebelum aset kewangan itu menjadi kredit terjejas pada tarikh pelaporan, elaun kerugian bagi instrumen kewangan itu hendaklah diukur pada suatu amaun bersamaan dengan kerugian kredit dijangka sepanjang hayat;
“kerugian kredit dijangka di bawah Peringkat 3” ertinya jika risiko kredit pada suatu instrumen kewangan telah meningkat secara signifikan sejak permulaan pengiktirafan risiko kredit atau risiko berlaku kemungkiran dan aset kewangan itu menjadi kredit terjejas pada tarikh pelaporan, elaun kerugian bagi instrumen kewangan itu hendaklah diukur pada suatu amaun bersamaan dengan kerugian kredit dijangka sepanjang hayat.
Layanan cukai bagi penarikbalikan kerugian rosotnilai aset kewangan