Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (LAYANAN KHAS BAGI BANK ATAU INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN YANG MENERIMA PAKAI PIAWAIAN LAPORAN KEWANGAN MALAYSIA 9: INSTRUMEN KEWANGAN) 2021

Seksyen 8

(1)

Jika dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu bank atau institusi kewangan pembangunan mengiktiraf suatu keuntungan yang merupakan suatu penarikbalikan kerugian rosotnilai suatu aset kewangan dalam untung atau rugi yang kerugian rosotnilai itu telah dibenarkan sebagai suatu potongan terhadap pendapatan

P.U. (A) 400 12

larasan bank atau institusi kewangan pembangunan itu, amaun keuntungan itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan pembangunan itu bagi tahun taksiran itu terhad kepada amaun kerugian rosotnilai yang telah dibenarkan sebagai suatu potongan.

(2)

Amaun yang dibenarkan sebagai suatu potongan di bawah subperaturan (1) hendaklah mengambil kira syarat amaun penarikbalikan kerugian rosotnilai di bawah subperaturan 13(3) telah dituntut sepenuhnya oleh bank atau institusi kewangan pembangunan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Layanan cukai bagi kos urus niaga