Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Jika dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran suatu bank atau institusi kewangan pembangunan mengiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil apa-apa kos urus niaga berkenaan dengan suatu instrumen kewangan yang diukur pada nilai saksama melalui untung atau rugi, kos itu hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam menentukan pendapatan larasan bank atau institusi kewangan pembangunan itu daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(2)
Jika dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran bank atau institusi kewangan pembangunan itu mengiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil apa-apa kos urus niaga yang terlunas dan menjadi sebahagian daripada pendapatan faedah atau pendapatan kewangan yang dikira pada kadar faedah berkesan berkenaan dengan suatu instrumen kewangan yang diukur pada kos terlunas atau pada nilai saksama melalui pendapatan komprehensif lain, gabungan pendapatan faedah atau pendapatan kewangan itu hendaklah dikira sebagai pendapatan kasar bank atau institusi kewangan pembangunan itu daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(3)
Jika dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran bank atau institusi kewangan pembangunan itu mengiktiraf dalam untung atau rugi pada akaun hasil apa-apa kos urus niaga yang terlunas dan menjadi sebahagian daripada perbelanjaan faedah atau perbelanjaan kewangan yang dikira pada kadar faedah berkesan berkenaan dengan suatu instrumen kewangan yang diukur pada kos terlunas atau pada nilai
P.U. (A) 400 13
saksama melalui pendapatan komprehensif lain, gabungan perbelanjaan faedah atau perbelanjaan kewangan itu hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan dalam menentukan pendapatan larasan bank atau institusi kewangan pembangunan itu daripada perniagaan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
(4)
Bagi maksud peraturan ini, “kos urus niaga” ertinya kos tambahan yang boleh dikaitkan secara langsung kepada pemerolehan, terbitan atau pelupusan suatu aset kewangan atau liabiliti kewangan yang termasuk yuran dan komisen yang dibayar kepada ejen (termasuk pekerja yang bertindak sebagai ejen jualan), penasihat, broker dan peniaga, levi oleh agensi penyeliaan dan pertukaran sekuriti, dan pemindahan cukai dan duti, tetapi tidak termasuk hutang premium atau diskaun, kos pembiayaan atau kos pentadbiran dalaman atau pemegangan.
Layanan cukai bagi laba atau kerugian berkenaan dengan instrumen perlindungan nilai