Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PENDAPATAN (LAYANAN KHAS BAGI FAEDAH KE ATAS PINJAMAN) 2020
Seksyen 3
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
"perusahaan kecil dan sederhana” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana 1995 [Akta 539];
“pinjaman” ertinya apa-apa pinjaman atau pembiayaan yang berkaitan dengan program moratorium di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), yang diberikan oleh suatu bank atau institusi kewangan kepada seorang individu, perusahaan kecil dan sederhana atau mana-mana syarikat selain perusahaan kecil dan sederhana, tetapi tidak termasuk kemudahan kad kredit.