Seksyen 1
Nama
/akn/my/act/pua/2025/84
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN DIUS API PERSEKUTUAN (PEMBAYARAN DIUS API) 1988 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 84 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Nama
Tafsiran
Pembayaran dius api
Resit pembayaran
Pelantikan pemungut
Pembatalan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
P.U. (A) 84 4
(Dibuat di bawah subseksyen 3(1) dan 7(1))
(Disemak—2025)
[9 September 1988]
Nama 1.
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Dius Api
Persekutuan (Pembayaran Dius Api) 1988.
Tafsiran 2.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, “dius api” ertinya apa-apa dius yang dikehendaki dibayar di bawah Akta.
Pembayaran dius api 3.
Pemunya, ejen atau nakhoda tiap-tiap kapal hendaklah membayar dius api apabila kapal itu tiba di mana-mana pelabuhan atau tempat di dalam *Semenanjung Malaysia.
Resit pembayaran 4.
Apabila dius api dibayar, pemungut hendaklah mengeluarkan suatu resit dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada orang yang membuat bayaran dius api itu.
*CATATAN— Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
“Semenanjung Malaysia”— lihat Akta A996.
Sebutan mengenai “Semenanjung Malaysia” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
“Semenanjung
Malaysia dan
Wilayah
Persekutuan
Labuan”—
lihat P.U. (A) 14/2014.
P.U. (A) 84 5
Pelantikan pemungut 5.
Pegawai yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dilantik sebagai pemungut bagi maksud Akta.
Pembatalan 6.
Peraturan-Peraturan Dius Api 1953 [L.N. 264/1953] dibatalkan.
P.U. (A) 84 6
JADUAL PERTAMA
[Peraturan 4]
DIUS API
MALAYSIA
PEJABAT LAUT: ........................................................
TARIKH : ......................................................................
NAMA KAPAL
PELABUHAN ATAU NEGARA PENDAFTARAN
TANAN
PELAYARAN
PELABUHAN TERAKHIR
KADAR SETIAP TAN
20 SEN
AMAUN DITERIMA
DARI
KE
BILANGAN
BAYARAN
SEHINGGA
TARIKH
DALAM TAHUN ..........
(dalam perkataan)
NYATAKAN SAMA ADA
PERDAGANGAN ASING
ATAU TEMPATAN
RM sen
Adalah dengan ini disahkan ............................................................ pemunya, nakhoda atau ejen bagi kapal yang namanya tersebut di atas telah membayar jumlah wang sebanyak ........................................................
sebagai bayaran dius api bagi pelayaran tersebut di Malaysia.
...........................................................
Pemungut
P.U. (A) 84 7
JADUAL KEDUA
[Peraturan 5]
1.
Semua pegawai pelabuhan yang dilantik di bawah seksyen 8 Ordinan Perkapalan
Saudagar 1952 [Ordinan 70/1952] *sebagaimana diubah suai di bawah Perintah
Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Perkapalan Saudagar)
1985 [P.U. (A) 31/1985] dan diperluaskan di bawah Akta Perkapalan Saudagar
(Pindaan dan Peluasan) 2007 [Akta A1316].
2.
Semua timbalan pegawai pelabuhan yang dilantik di bawah seksyen 8 Ordinan
Perkapalan Saudagar 1952 [Ordinan 70/1952] *sebagaimana diubah suai di bawah
Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Perkapalan
Saudagar) 1985 [P.U. (A) 31/1985] dan diperluaskan di bawah Akta Perkapalan
Saudagar (Pindaan dan Peluasan) 2007 [Akta A1316].
3.
Mana-mana pegawai lain yang dilantik secara bertulis oleh pegawai pelabuhan untuk bertindak bagi pihaknya.
*CATATAN— Ditambah berbangkit daripada ubah suaian dalam Jadual Kedua P.U. (A) 14/2014.
P.U. (A) 84 8
(Dibuat di bawah subseksyen 3(1) dan 7(1))
(Disemak—2025)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Nama
Berkuat kuasa dari