Skip to content

Seksyen 18

Pewujudan tatacara standard

of Peraturan-Peraturan Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2012

P.U. (A)In forceProvision 11 of 11
Seksyen 18

(1)

Ketua Bank Data DNA boleh mewujudkan tatacara—

(a)

bagi pengambilan, penyimpanan dan penyebaran data berkaitan profil

DNA mengikut standard profesional;

(b)

untuk mencegah akses tanpa kebenaran kepada Bank Data DNA;

(c)

untuk melepaskan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya daripada Bank Data DNA;

(d)

berhubung dengan pendedahan dalaman, akses atau penggunaan sampel profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya di dalam makmal DNA;

(e)

berhubung dengan daftar bagi penyimpanan dan penghapusan sampel; atau

(f)

berhubung dengan daftar bagi penyimpanan dan penghapusan profil

DNA dan apa-apa maklumat dengannya daripada Indeks Bank Data

DNA.

(2)

Ketua Bank Data DNA boleh pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana makmal DNA berhubungan dengan penyimpanan dan penghapusan sampel.

P.U. (A) 274 12