Seksyen 14
Memuat naik profil dan maklumat DNA ke dalam Bank Data DNA
of Peraturan-Peraturan Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2012
(1)
Sampel intim dan bukan intim hendaklah dianalisis dan disenggara mengikut tatacara makmal DNA yang standard.
(2)
Apabila mendapat notis penyerahan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya oleh makmal DNA, pegawai Bank Data DNA hendaklah terlebih dahulu menilai profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya.
(3)
Pegawai Bank Data DNA hendaklah kemudiannya memuat naik profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya ke dalam indeks Bank Data masing-masing.
P.U. (A) 274 10
(4)
Suatu daftar hendaklah disenggarakan untuk merekod maklumat berhubung dengan semua profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya yang dimuat naik ke dalam indeks Bank Data masing-masing.