Seksyen 16
Penghapusan profil dan maklumat DNA daripada indeks orang yang disyaki
of Peraturan-Peraturan Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2012
P.U. (A)In forceProvision 9 of 11
Seksyen 16
(1)
Tertakluk kepada seksyen 17 Akta, Ketua Polis Daerah hendaklah memaklumkan Ketua Bank Data DNA bagi penghapusan profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya daripada indeks orang yang disyaki dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.
(2)
Orang yang disyaki itu hendaklah dimaklumkan secara bertulis di alamat terakhirnya yang diketahui bahawa sampel profil DNA dan apa-apa maklumat berhubung dengannya telah dihapuskan daripada Bank Data DNA.