Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2012
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“makmal DNA” ertinya suatu makmal yang menjalankan analisis forensik DNA ke atas sampel intim atau bukan intim yang diambil daripada tubuh badan manusia atau dari tempat kejadian jenayah, di Jabatan Kimia Malaysia atau Makmal Forensik Polis
Diraja Malaysia atau mana-mana agensi atau badan sebagaimana yang dinamakan oleh
Menteri menurut seksyen 5 Akta;
“pakej DNA” ertinya pakej atau bekas yang mengandungi sampel intim atau bukan intim yang telah dilabel dengan tanda pengenalan dan dilak seperti yang dikehendaki di bawah peraturan 8 dan 9, mengikut mana-mana yang berkenaan.