Seksyen 11
of Peraturan-Peraturan Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (Dna) 2012
P.U. (A)In forceProvision 4 of 11
Seksyen 11
(1)
Semua pakej DNA yang dipungut sebelum penghantaran ke makmal DNA hendaklah disimpan dengan selamat.
P.U. (A) 274 9
(2)
Pegawai polis yang bertanggungjawab bagi pemungutan sampel intim atau bukan intim yang disebut dalam perenggan 8(2)(c) dan 9(2)(c) hendaklah menghantar pakej DNA kepada makmal DNA dalam tempoh yang munasabah.
(3)
Pakej DNA yang diserahkan kepada makmal DNA untuk analisis forensik hendaklah disertakan bersama suatu surat permohonan daripada pegawai polis.