Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2012

Seksyen 3

Kebenaran untuk mengambil sampel intim atau sampel bukan intim

Bagi maksud pengambilan sampel intim atau sampel bukan intim daripada mana-mana orang yang dirujuk di bawah seksyen 12 atau 13 Akta, pegawai diberi kuasa hendaklah memberikan kebenarannya secara bertulis dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

P.U. (A) 274 5

Maklumat yang akan diberikan sebelum membuat suatu permintaan bagi pengambilan sampel intim 4.

Jika sesuatu sampel intim hendak diminta daripada seseorang, pegawai polis hendaklah memaklumi orang itu—

(a)

jenis sampel intim yang dikehendaki;

(b)

alasan dan tujuan sampel intim itu diminta;

(c)

bahawa keizinan hendaklah secara bertulis; dan

(d)

bahawa sampel intim hendaklah dianalisis dan keputusan analisis tersebut boleh digunakan sebagai keterangan di dalam penyiasatan jenayah, pendakwaan atau bagi tujuan lain.

Maklumat yang akan diberikan sebelum membuat suatu permintaan bagi pengambilan sampel bukan intim 5.

Jika sesuatu sampel bukan intim hendak diminta daripada seseorang, pegawai polis hendaklah memaklumi orang itu—

(a)

jenis sampel bukan intim yang dikehendaki;

(b)

alasan dan tujuan sampel bukan intim itu diminta; dan

(c)

bahawa sampel bukan intim itu hendaklah dianalisis dan keputusan analisis tersebut boleh digunakan sebagai keterangan di dalam penyiasatan jenayah, pendakwaan atau bagi tujuan lain.

Keizinan yang berkenaan hendaklah diberi sebelum pengambilan sampel intim 6.

Bagi maksud pengambilan sampel intim daripada—

(a)

seseorang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan;

P.U. (A) 274 6

(b)

orang tahanan;

(c)

penagih dadah; atau

(d)

banduan, keizinan yang berkenaan hendaklah diberi oleh orang yang daripadanya sampel intim itu diambil dalam borang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Keizinan yang berkenaan hendaklah diberi sebelum pengambilan sampel intim atau bukan intim yang diberikan secara sukarela 7.

Bagi maksud pengambilan sampel intim atau bukan intim yang diberikan secara sukarela, keizinan yang berkenaan hendaklah diberi oleh orang yang memberikan sampel intim atau bukan intim secara sukarela itu dalam borang yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga.

Tatacara bagi pengambilan sampel intim 8.

(1)

Seseorang pegawai perubatan kerajaan yang mengambil sampel intim daripada mana-mana orang hendaklah memastikan bahawa tatacara bagi pengambilan sampel intim itu dilaksanakan dengan suatu cara yang selaras dengan standard perubatan atau badan profesional yang berkaitan.

(2)

Pegawai perubatan kerajaan itu hendaklah memastikan bekas yang mengandungi sampel intim atau pakej yang mengandungi bekas sampel intim itu—

(a)

dilabel dengan suatu tanda pengenalan;

(b)

dilak; dan

(c)

diserahkan kepada pegawai polis yang bertanggungjawab bagi pemungutan sampel intim tersebut.

P.U. (A) 274 7

(3)

Tanda pengenalan yang disebut dalam perenggan (2)(a) hendaklah termasuk—

(a)

nama orang yang daripadanya suatu sampel intim diambil;

(b)

nombor kad pengenalan, nombor pasport atau apa-apa pengenalan lain orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

tarikh sampel intim itu diambil; dan

(d)

nombor laporan polis, jika berkenaan.

Tatacara bagi pengambilan sampel bukan intim 9.

(1)

Seseorang pegawai perubatan kerajaan, pegawai polis atau ahli kimia yang mengambil suatu sampel bukan intim daripada mana-mana orang hendaklah memastikan bahawa tatacara bagi pengambilan sampel bukan intim itu dilaksanakan dengan suatu cara yang selaras dengan standard perubatan atau badan profesional yang berkaitan.

(2)

Pegawai perubatan kerajaan, pegawai polis atau ahli kimia itu hendaklah memastikan bekas yang mengandungi sampel bukan intim atau pakej yang mengandungi bekas sampel bukan intim itu—

(a)

dilabel dengan suatu tanda pengenalan;

(b)

dilak; dan

(c)

diserahkan kepada pegawai polis yang bertanggungjawab bagi pemungutan sampel bukan intim itu.

(3)

Tanda pengenalan yang disebut dalam perenggan (2)(a) hendaklah termasuk—

(a)

nama orang yang daripadanya suatu sampel bukan intim diambil;

P.U. (A) 274 8

(b)

nombor kad pengenalan, nombor pasport atau apa-apa pengenalan lain orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(c)

tarikh sampel bukan intim itu diambil; dan

(d)

nombor laporan polis, jika berkenaan.

Tatacara bagi pengambilan sampel intim atau bukan intim di tempat kejadian jenayah 10.

Apabila suatu sampel intim atau bukan intim ditemui—

(a)

pada apa-apa benda atau di mana-mana tempat suatu kesalahan dilakukan;

(b)

pada atau di dalam tubuh mangsa suatu kesalahan;

(c)

pada apa-apa benda yang dipakai atau dibawa oleh mangsa suatu kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan; atau

(d)

pada atau di dalam tubuh mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki melakukan suatu kesalahan, pegawai polis yang mengambil sampel intim atau bukan intim dari tempat kejadian jenayah hendaklah memastikan tatacara bagi pengambilan sampel intim atau bukan intim itu dilaksanakan dalam suatu cara yang selaras dengan Perintah Tetap, yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara menurut seksyen 97 Akta Polis 1967 [Akta 344] .

Penyimpanan dan penghantaran pakej DNA