Skip to content
Back to the text

Peraturan-Peraturan Institusi Kewangan Pembangunan (Skim Ombudsman Kewangan) (Pindaan) 2024 · s 4

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 4Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 3

peraturan yang berikut:

“Obligasi pengendali skim

s 3A

(1)

Pengendali skim hendaklah pada setiap masa mengendalikan

Skim

Ombudsman

Kewangan mengikut prinsip kebebasan, keadilan dan kesaksamaan, kemudahaksesan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subperaturan (1), pengendali skim hendaklah—

(a)

memastikan proses membuat keputusan pertikaian adalah bebas, adil dan saksama;

(b)

menyediakan akses yang mudah dan pada kadar yang berpatutan kepada perkhidmatannya;

(c)

menyenggara tatacara pengendalian Skim Ombudsman

Kewangan yang mudah difahami, jelas dan telus;

(d)

memaklumkan keputusan pertikaian dan alasan bagi keputusan itu secara bertulis melalui suatu surat atau e-mel kepada pengadu yang layak dan anggota; dan

(e)

menyiarkan maklumat mengenai perkhidmatannya secara berkala bagi mewujudkan kesedaran awam tentang perkhidmatannya.”.

P.U. (A) 473 4