Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
untuk menguruskan tempat selamat;
(b)
untuk menggalakkan perkembangan, kebajikan dan kesihatan penghuni;
(c)
untuk memastikan bahawa persekitaran tempat selamat adalah selamat, bersih dan sesuai bagi penghuni;
(d)
untuk mengadakan program pemeliharaan dan perlindungan untuk penghuni termasuklah pendidikan, kemahiran hidup dan latihan vokasional;
(e)
untuk mengawasi kelakuan dan disiplin penghuni;
(f)
untuk menentukan kewajipan kakitangan dan mengawasi pelaksanaan kewajipan itu; dan
(g)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(c), Pengetua hendaklah memastikan bahawa garis panduan keselamatan yang berhubungan dengan pencegahan kebakaran, bencana alam atau hal keadaan kecemasan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dipatuhi.
(3)
Bagi maksud perenggan (1)(e), jika mana-mana penghuni meninggalkan tempat selamat tanpa kelulusan bertulis Pengetua terlebih dahulu atau lepas lari dari tempat selamat, Pengetua hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas mengetahui hakikat itu, melaporkan perkara itu kepada—
P.U. (A) 291 14
(a)
Ketua Pengarah;
(b)
Pelindung bagi kawasan di mana penghuni itu tinggal; atau
(c)
ibu atau bapa, penjaga atau saudara penghuni itu.
(4)
Dalam menjalankan kewajipan yang disebut dalam subperaturan (1),
Pengetua hendaklah menyediakan suatu laporan bulanan bagi tempat selamat yang hendaklah termasuk perkara yang berikut:
(a)
kemasukan dan pelepasan penghuni;
(b)
cuti yang diberikan kepada penghuni;
(c)
penghuni yang telah meninggalkan tempat selamat tanpa kelulusan terlebih dahulu atau telah lepas lari dari tempat selamat;
(d)
aktiviti keagamaan dan bukan keagamaan;
(e)
keadaan kesihatan penghuni;
(f)
kematian penghuni, jika ada;
(g)
derma atau hadiah yang diterima oleh tempat selamat;
(h)
kelemahan yang berhubungan dengan pentadbiran tempat selamat;
dan
(i)
aktiviti atau program yang dianjurkan oleh Lembaga Pelawat.
P.U. (A) 291 15
(5)
Laporan bulanan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah—
(a)
dibentangkan oleh Pengetua kepada Lembaga Pelawat dalam mesyuaratnya; dan
(b)
dikemukakan oleh Pengetua kepada Ketua Pengarah, Pengarah Negeri dan Pengarah tidak lewat daripada hari kesepuluh bulan berikutnya.
Ketidakhadiran Pengetua