Skip to content

Seksyen 17

Jagaan barang peribadi penghuni

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2017

P.U. (A)In forceProvision 17 of 43
Seksyen 17

(1)

Apabila seseorang penghuni dimasukkan ke tempat selamat, apa-apa barang peribadi penghuni itu hendaklah diletakkan dalam jagaan Pengetua.

(2)

Suatu inventori bagi barang peribadi penghuni yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah—

(a)

disediakan oleh seorang kakitangan; dan

(b)

ditentusahkan oleh penghuni itu dan disaksikan oleh seorang kakitangan.

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(b), jika inventori bagi barang peribadi penghuni tidak dapat ditentusahkan oleh penghuni itu disebabkan umur penghuni itu, inventori itu hendaklah ditentusahkan oleh Pelindung dan disaksikan oleh seorang kakitangan.

Kewajipan penghuni