Skip to content

Seksyen 16

of Peraturan-Peraturan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 2017

P.U. (A)In forceProvision 16 of 43

Seksyen 16

(1)

Apabila seseorang penghuni dimasukkan ke tempat selamat, suatu pemeriksaan badan hendaklah dijalankan ke atas penghuni oleh sekurang-kurangnya dua orang kakitangan yang sama jantina dengan penghuni itu.

(2)

Jika apa-apa parut atau kecederaan dijumpai pada badan penghuni dalam pemeriksaan yang dijalankan di bawah subperaturan (1), gambar parut atau kecederaan itu hendaklah diambil dan apa-apa butir-butir yang berhubungan dengan parut atau kecederaan itu hendaklah direkodkan oleh kakitangan dalam fail peribadi penghuni itu.

P.U. (A) 291 16

(3)

Jika apa-apa bahan larangan dijumpai dalam pemeriksaan yang dijalankan di bawah subperaturan (1), bahan larangan itu hendaklah dirampas oleh Pengetua dan dia hendaklah menyebabkan rampasan itu direkodkan dalam fail peribadi penghuni itu.