JADUAL
[Peraturan 3]
AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DALAM TALIAN
(PELAN KESELAMATAN DALAM TALIAN) 2026
PELAN KESELAMATAN DALAM TALIAN
Bahagian A: Maklumat am pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen
(1)
Bil.
(2)
Butir-butir
(3)
Maklumat pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen*
1.
Nama pemberi perkhidmatan
:
............................................................................
2.
Nombor lesen pemberi perkhidmatan
:
............................................................................
3.
Tarikh kuat kuasa lesen
:
............................................................................
4.
Jenis perkhidmatan
:
............................................................................
5.
Tarikh perkhidmatan disediakan
:
............................................................................
6.
Tarikh kemas kini terakhir Pelan
Keselamatan dalam Talian
:
............................................................................
Bahagian B: Kewajipan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen menurut Bahagian III Akta
(1)
Bil.
(2)
Kewajipan di bawah
Bahagian III Akta
(3)
Maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya
(4)
Maklumat pematuhan*
Pengurangan risiko pendedahan kepada kandungan memudaratkan 1.
Kewajipan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan memudaratkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 13 Akta
(a)
perincian mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dalam mematuhi langkah-langkah sebagaimana yang
P.U. (A) 244 5
(1)
Bil.
(2)
Kewajipan di bawah
Bahagian III Akta
(3)
Maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya
(4)
Maklumat pematuhan*
dinyatakan dalam kod yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 13 Akta
(b)
perincian mengenai apa-apa langkah alternatif selain langkah-langkah yang dinyatakan dalam kod yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 13 Akta yang telah diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, dan justifikasi untuk melaksanakan langkah alternatif itu.
Perincian itu hendaklah menunjukkan keberkesanan yang lebih baik dalam mengurangkan risiko pendedahan kepada kandungan memudaratkan, yang disokong dengan keterangan atau penilaian dalaman yang berkaitan
Garis panduan kepada pengguna 2.
Kewajipan untuk mengeluarkan garis panduan kepada pengguna sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 14
Akta
(a) perincian garis panduan yang dikeluarkan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen kepada pengguna yang mengandungi maklumat komprehensif mengenai perkakasan dan pengesetan yang tersedia
P.U. (A) 244 6
(1)
Bil.
(2)
Kewajipan di bawah
Bahagian III Akta
(3)
Maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya
(4)
Maklumat pematuhan*
dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen
(b) perincian mengenai ketersediaan garis panduan dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dan tindakan yang diambil dalam memastikan bahawa garis panduan itu adalah jelas, mudah diakses dan difahami, dan selalu dikemas kini
(c) perincian mengenai kaedah yang digunakan atau hendak digunakan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen untuk menyampaikan kepada pengguna mengenai apa-apa pengemaskinian terhadap garis panduan yang dikeluarkan
Pengurusan keselamatan dalam talian oleh pengguna 3.
Kewajipan untuk membolehkan pengguna mengurus keselamatan dalam talian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 15
(a) perincian mengenai perkakasan dan pengesetan yang tersedia atau untuk dibuat tersedia oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi
P.U. (A) 244 7
(1)
Bil.
(2)
Kewajipan di bawah
Bahagian III Akta
(3)
Maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya
(4)
Maklumat pematuhan*
Akta perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dalam perkhidmatannya, bagi pengguna untuk mengurus keselamatannya dan pendedahannya kepada kategori kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada saringan, pilihan privasi dan had hubungan, yang kawalan itu adalah perlu dan relevan kepada jenis perkhidmatan dan reka bentuk perkhidmatan, dan justifikasi bahawa perkakasan dan pengesetan itu adalah memadai
(b) perincian mengenai pengesetan lalai yang terpakai, khususnya bagi akaun kanak-kanak termasuk pengesetan saringan lalai kepada pilihan penambahbaikan keselamatan yang lebih tinggi seperti pengehadan hubungan daripada pengguna yang dikenal pasti sebagai seorang dewasa dan kebolehlihatan akaun, yang bersesuaian
(c) perincian mengenai bagaimana pengguna diberi panduan untuk menggunakan perkakasan secara berkesan
P.U. (A) 244 8
(1)
Bil.
(2)
Kewajipan di bawah
Bahagian III Akta
(3)
Maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya
(4)
Maklumat pematuhan*
Mekanisme bagi pelaporan kandungan memudaratkan 4.
Kewajipan untuk menjadikan mekanisme bagi pelaporan kandungan memudaratkan tersedia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 16
Akta
Perincian mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen untuk menjadikan suatu mekanisme yang membolehkan pengguna membuat laporan kepada pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu tersedia dalam perkhidmatannya berkenaan dengan apa-apa kandungan yang dipercayai oleh pengguna itu ialah kandungan memudaratkan yang terdapat dalam perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen atau pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen itu selaras dengan kod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 13 Akta
Mekanisme bagi bantuan pengguna 5.
Kewajipan untuk menjadikan mekanisme bagi bantuan pengguna tersedia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 17
Akta
(a) perincian mengenai mekanisme bagi bantuan pengguna yang tersedia oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dalam perkhidmatannya, seperti meja bantuan, sembang langsung, Soalan
Kerap Tanya (SKT) atau bantuan dalam aplikasi
P.U. (A) 244 9
(1)
Bil.
(2)
Kewajipan di bawah
Bahagian III Akta
(3)
Maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya
(4)
Maklumat pematuhan*
dalam menguruskan interaksi dalam talian
(b) perincian mengenai peningkatan atau penambahbaikan terancang kepada mekanisme bantuan pengguna termasuk ciri-ciri yang bertujuan untuk menambah baik sokongan ketercapaian, gerak balas dan pelbagai bahasa
(c) perincian mengenai ketercapaian bagi mekanisme yang disebut dalam perenggan
(a)
kepada pengguna
(d) perincian mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen untuk memastikan responsif pada setiap masa
(e) perincian mengenai kaedah yang diambil untuk memberi panduan kepada pengguna, apabila menggunakan perkhidmatan, kepada mekanisme bantuan yang betul, terutamanya apabila melibatkan ciri-ciri yang boleh menjejaskan keselamatannya,
P.U. (A) 244 10
(1)
Bil.
(2)
Kewajipan di bawah
Bahagian III Akta
(3)
Maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya
(4)
Maklumat pematuhan*
privasinya atau pendedahannya kepada kandungan seperti menu bantu dan prom
Perlindungan keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak 6.
Kewajipan untuk melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 18
Akta
(a) perincian mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen dalam mematuhi langkah-langkah yang dinyatakan dalam kod yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 18 Akta
(b) perincian mengenai apa-apa langkah alternatif selain langkah-langkah yang dinyatakan dalam kod yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 18 Akta yang telah diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen, dan justifikasi untuk melaksanakan langkah alternatif itu.
Perincian itu hendaklah menunjukkan keberkesanan yang lebih baik dalam memastikan keselamatan penggunaan perkhidmatan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi
P.U. (A) 244 11
CATATAN:
*Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menyediakan maklumat dalam ruang (3) Bahagian A dan ruang (4) Bahagian B Jadual. Maklumat dalam ruang (4) Bahagian B Jadual hendaklah disediakan sebagaimana yang dikehendaki dalam ruang (3) Bahagian B Jadual.
Dibuat 26 Jun 2026
[KK.PUU.100-1/1/17 ( S ); PN(PU2)777]
AHMAD FAHMI BIN MOHAMED FADZIL
Menteri Komunikasi
(1)
Bil.
(2)
Kewajipan di bawah
Bahagian III Akta
(3)
Maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya
(4)
Maklumat pematuhan*
kandungan berlesen oleh pengguna kanak-kanak, yang disokong dengan keterangan atau penilaian dalaman yang berkaitan
Mekanisme bagi menjadikan kandungan memudaratkan prioriti tidak dapat diakses 7.
Kewajipan untuk mengadakan mekanisme bagi menjadikan kandungan memudaratkan prioriti tidak dapat diakses sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 19
Akta
Perincian mengenai tindakan yang diambil oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen untuk mengadakan suatu mekanisme bagi menjadikan kandungan memudaratkan prioriti yang terdapat dalam perkhidmatannya tidak dapat diakses oleh semua pengguna selaras dengan kod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 13 Akta
P.U. (A) 244 12
ONLINE SAFETY ACT 2025
ONLINE SAFETY (ONLINE SAFETY PLAN) REGULATIONS 2026
IN exercise of the powers conferred by paragraph 81(2)(c) of the Online Safety
Act 2025 [Act 866], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement 1.
(1)
These regulations may be cited as the Online Safety (Online Safety Plan)
Regulations 2026.
(2)
These Regulations come into operation on 1 July 2026.
Period to prepare Online Safety Plan 2.
(1) The licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall prepare an Online Safety Plan and submit a copy of the Online Safety Plan to the Commission within the period of one hundred and eighty days from the date of commencement of these Regulations.
(2) Notwithstanding subregulation (1), for applications service provider and content applications service provider licensed after the commencement date of these Regulations, the Online Safety Plan shall be prepared and a copy of the Online Safety Plan shall be submitted to the Commission within the period of one hundred and eighty days from the effective date of the licence issued by the Commission.
(3) For the purposes of these Regulations, the licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall ensure that the Online Safety Plan prepared under subregulation (1) or (2), as the case may be, is regularly updated and shall submit a copy of the updated Online Safety Plan to the Commission annually, including at any time where there is any material change to their services or compliance duties.
P.U. (A) 244 13
Form and information of the Online Safety Plan 3.
The Online Safety Plan referred to in regulation 2 shall be prepared in the form as specified in the Schedule and contain the information as required in column (3)
of Part A and column (4) of Part B of the Schedule.
Online Safety officer 4.
The licensed applications service provider and licensed content applications service provider shall appoint one or more Online Safety officers to ensure compliance of the Online Safety Plan.
Offence 5.
Any licensed applications service provider or licensed content applications service provider who contravenes any provisions of these Regulations commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one million ringgit.
P.U. (A) 244 14