Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DALAM TALIAN (PELAN KESELAMATAN DALAM TALIAN) 2026
Seksyen 2
(1)
Pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah menyediakan suatu Pelan Keselamatan dalam Talian dan mengemukakan sesalinan Pelan Keselamatan dalam Talian itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh satu ratus lapan puluh hari dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), bagi pemberi perkhidmatan aplikasi dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan yang dilesenkan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, Pelan Keselamatan dalam Talian hendaklah disediakan dan sesalinan Pelan Keselamatan dalam Talian itu hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh satu ratus lapan puluh hari dari tarikh kuat kuasa lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
(3)
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen dan pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen hendaklah memastikan bahawa Pelan Keselamatan dalam Talian yang disediakan di bawah subperaturan (1) atau (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, selalu dikemas kini dan hendaklah mengemukakan sesalinan Pelan Keselamatan dalam Talian
P.U. (A) 244 3
yang dikemas kini itu kepada Suruhanjaya setiap tahun, termasuk pada bila-bila masa terdapat apa-apa perubahan material terhadap perkhidmatannya atau kewajipan pematuhannya.
Bentuk dan maklumat bagi Pelan Keselamatan dalam Talian