Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DALAM TALIAN (TRIBUNAL RAYUAN KESELAMATAN DALAM TALIAN) 2025
Seksyen 8
(1)
Setiausaha hendaklah, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan dokumen yang dinyatakan dalam peraturan 7, melengkapkan penyediaan salinan rekod rayuan yang mencukupi bagi kegunaan Tribunal dan bagi penyampaian kepada perayu dan mana-mana pihak lain kepada rayuan.
(2)
Rekod rayuan itu hendaklah mengandungi dokumen yang berikut:
(a)
suatu salinan notis rayuan yang diperakui sah; dan
(b)
suatu salinan dokumen yang diperakui sah yang dinyatakan dalam peraturan 7.
(3)
Apabila rekod rayuan yang disebut dalam subperaturan (1) telah disediakan dengan lengkap, Setiausaha hendaklah—
(a)
mengemukakan suatu notis rekod rayuan dalam Borang C