Skip to content

Seksyen 6

Penyampaian notis rayuan kepada Suruhanjaya dan mana-mana pihak lain kepada rayuan

of Peraturan-Peraturan Keselamatan dalam Talian (Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian) 2025

P.U. (A)In forceProvision 6 of 8
Seksyen 6

(1)

Selepas butir-butir rayuan dimasukkan ke dalam Daftar Rayuan,

Setiausaha hendaklah—

(a)

menyimpan satu salinan notis rayuan yang telah ditandatangani dan dimeterai; dan

(b)

menyebabkan semua salinan lain notis rayuan yang difailkan bagi maksud perenggan 3(4)(b), (c) dan (d) yang telah ditandatangani dan dimeterai itu dikembalikan kepada perayu.

(2)

Perayu hendaklah menyampaikan satu salinan notis rayuan yang telah ditandatangani dan dimeterai oleh Tribunal kepada Suruhanjaya dan mana-mana pihak lain kepada rayuan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan salinan notis rayuan itu daripada Setiausaha.

(3)

Suatu bukti penyampaian notis rayuan di bawah subperaturan (2)

hendaklah difailkan oleh perayu kepada Setiausaha dalam Borang B Jadual Pertama.