Seksyen 5
Daftar Rayuan
of Peraturan-Peraturan Keselamatan dalam Talian (Tribunal Rayuan Keselamatan dalam Talian) 2025
(1)
Setiausaha hendaklah menyebabkan butir-butir suatu rayuan yang difailkan itu dimasukkan dalam Daftar Rayuan.
(2)
Daftar Rayuan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disimpan dan disenggara oleh Setiausaha dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut.
(3)
Tiap-tiap rayuan hendaklah dibezakan melalui suatu nombor dan tahun yang rayuan itu difailkan.
(4)
Bagi maksud subperaturan (3), Setiausaha hendaklah menyebabkan butir-butir sesuatu rayuan yang berikut dimasukkan dalam Daftar Rayuan:
(a)
nombor kes rayuan;
(b)
tarikh notis rayuan difailkan;
(c)
maklumat pihak-pihak kepada rayuan; dan
(d)
status kes rayuan.
7