Skip to content

Seksyen 21

Jentera bertekanan yang tidak disediakan bagi pemeriksaan

of Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014

P.U. (A)In forceProvision 21 of 44
Seksyen 21

(1)

Jika jentera bertekanan berasaskan masa tidak disediakan bagi pemeriksaan berasaskan risiko sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 20,

Pemeriksa boleh enggan membuat atau menyiapkan pemeriksaan berasaskan risiko itu.

P.U. (A) 96 17

(2)

Jika Pemeriksa enggan membuat atau menyiapkan pemeriksaan berasaskan risiko di bawah subperaturan (1)—

(a)

Pemeriksa hendaklah memberitahu pemohon sebab bagi keengganannya itu dan Pemeriksa hendaklah menetapkan apa-apa tarikh lain bagi pemeriksaan berasaskan risiko itu; dan

(b)

pemohon hendaklah dikenakan bayaran pada kadar dua puluh lima peratus daripada fi pemeriksaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.