Skip to content

Seksyen 22

Seseorang pengguna skim hendaklah, bagi apa-apa tempoh skim pemeriksaan berasaskan risiko—

of Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014

P.U. (A)In forceProvision 22 of 44
Seksyen 22

(a)

menyenggarakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditubuhkan di bawah peraturan 12;

(b)

memastikan bahawa jentera bertekanan berasaskan risiko adalah dalam keadaan kerja yang memuaskan atau layak untuk digunakan;

(c)

mengumpulkan data berasaskan risiko berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan risiko bagi tiap-tiap dua belas bulan;

(d)

menyenggarakan dan menggunakan metodologi bagi pengiraan dan penilaian data berasaskan risiko di bawah peraturan 16; dan

P.U. (A) 96 18

(e)

menyenggarakan pasukan pemeriksaan berasaskan risiko yang ditubuhkan di bawah peraturan 17 dan memberitahu Ketua Pemeriksa secara bertulis mengenai apa-apa perubahan kepada ketua pasukan dalam masa empat belas hari daripada perubahan itu.