Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 10

(1)

Tertakluk kepada peruntukan peraturan ini, seseorang pekerja tidak boleh menerima atau memberikan dan tidak boleh membenarkan pasangannya atau mana-mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian hadiah itu

P.U. (A) 247 14

dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasminya.

(2)

Ketua Jabatan seseorang pekerja boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan pekerja itu untuk menerima suatu surat pujian daripada mana-mana orang, persatuan, badan atau kumpulan orang sempena persaraan atau pertukaran pekerja itu asalkan surat pujian itu tidak terkandung dalam suatu bekas yang bernilai.

(3)

Ketua Jabatan boleh membenarkan pemungutan sumbangan secara spontan oleh pekerja di bawah jagaannya bagi maksud pemberian hadiah kepada seseorang pekerja dalam jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan pekerja itu atau apa-apa peristiwa lain yang sesuai.

(4)

Jika—

(a)

seseorang pekerja berasa ragu-ragu tentang sama ada bentuk, amaun atau nilai hadiah yang diterima olehnya sepadan dengan maksud hadiah itu diberikan; atau

(b)

hal keadaan menyebabkan sukar bagi seseorang pekerja untuk menolak sesuatu hadiah, yang penerimaannya dilarang oleh peraturan ini, hadiah itu bolehlah diterima secara rasmi tetapi pekerja itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengemukakan kepada

Jabatan

Integriti suatu laporan bertulis yang mengandungi perihalan lengkap dan anggaran nilai hadiah itu dan hal keadaan hadiah itu diterima.

(5)

Apabila diterima laporan yang dibuat di bawah subperaturan (4),

Jabatan Integriti hendaklah—

(a)

membenarkan pekerja itu menyimpan hadiah itu; atau

P.U. (A) 247 15

(b)

mengarahkan supaya hadiah itu dikembalikan melalui

Jabatan Integriti kepada pemberi hadiah itu.

Keraian

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023