Skip to content

Seksyen 8

Etiket pakaian

of Peraturan-Peraturan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 2023

P.U. (A)In forceProvision 8 of 22
Seksyen 8

(1)

Seseorang pekerja semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Lembaga melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga.

(2)

Seseorang pekerja yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara itu, dan jika etiket pakaian bagi upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian yang sesuai bagi upacara itu.