P.U. (A) · As enacted
Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) (Pindaan) 2024
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) (Pindaan) 2024.
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.
s 2Pindaan peraturan 2
Peraturan-Peraturan
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan
(Penyelesaian
Pertikaian) 2010 [P.U. (A) 437/2010], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”
dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2—
dengan memasukkan sebelum takrif “Akta” takrif yang berikut:
‘ “adjudikator” ertinya seseorang individu yang dilantik oleh suatu pertubuhan perbadanan diluluskan untuk mengendalikan proses penyelesaian apa-apa pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;’;
dalam takrif
“kaedah-kaedah”, dengan menggantikan perkataan
“memorandum persatuan, artikel persatuan dan terma rujukan suatu pertubuhan perbadanan diluluskan, atau”
dengan perkataan
“dokumen konstituen,”;
dalam takrif
“pertikaian”, dengan menggantikan perkataan
“terma rujukan” dengan perkataan “kaedah-kaedah”; dan
P.U. (A) 476 3
dengan memotong takrif “terma rujukan”.
s 3Penggantian peraturan 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 3 dengan peraturan yang berikut:
“Pertubuhan perbadanan diluluskan
s 4Pindaan peraturan 4
Peraturan 4 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “pemberian”
dengan perkataan “mendapatkan”;
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “pemberian”
dengan perkataan “mendapatkan”;
dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “pemberian”
dengan perkataan “mendapatkan”; dan
dengan memotong subperaturan (4) dan (5).
s 5Pindaan peraturan 5
Peraturan 5 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
dengan memotong subperaturan (1); dan
dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:
“(4)
Mana-mana orang yang menjadi anggota di bawah
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, pada setiap masa, mematuhi terma keanggotaan pertubuhan perbadanan diluluskan sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah-kaedahnya.”.
s 6Penggantian peraturan 6
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 6 dengan peraturan yang berikut:
P.U. (A) 476 6
“Kaedah-kaedah pertubuhan perbadanan diluluskan 6.
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah menyiarkan kaedah-kaedahnya dan apa-apa pindaan yang dibuat kepada kaedah-kaedah itu di laman sesawang pertubuhan perbadanan diluluskan itu.
Kaedah-kaedah yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah termasuk perkara yang berikut:
ruang lingkup dan kategori klien yang layak untuk merujuk suatu pertikaian atau tuntutan kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;
tatacara keanggotaan dan hal keadaan apabila seseorang anggota boleh dipecat atau digantung;
jenis pertikaian atau tuntutan yang layak untuk dirujuk kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;
tatacara, bentuk dan cara, dan tempoh masa yang dalamnya sesuatu pertikaian atau tuntutan itu boleh dirujuk kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;
fi langganan, levi dan fi atau bayaran lain yang kena dibayar oleh anggotanya, atau oleh mana-mana kelas anggotanya atau oleh mana-mana orang yang disebut dalam subperaturan 8(3) dan levi yang berlainan boleh terpakai bagi anggota yang berlainan kelas atau orang yang disebut dalam subperaturan 8(3) yang berlainan kelas;
fi yang kena dibayar oleh klien kepada pertubuhan perbadanan diluluskan;
P.U. (A) 476 7
hal keadaan yang sesuatu pertikaian atau tuntutan boleh enggan diterima atau ditolak oleh pertubuhan perbadanan diluluskan tanpa merujuk pertikaian atau tuntutan itu bagi pengantaraan atau penghukuman;
hal keadaan yang sesuatu pertikaian atau tuntutan akan dibuat pengantaraan atau penghukuman;
jenis award yang boleh dibuat berkenaan dengan suatu pertikaian atau tuntutan;
cara keputusan penghukuman suatu pertikaian atau tuntutan boleh diberitahu kepada klien, anggota yang relevan dan orang yang disebut dalam subperaturan 8(3);
dan
tatacara bagi memastikan klien yang layak dan anggota mematuhi pada setiap masa kewajipan kerahsiaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15.”.
s 7Pindaan peraturan 7
Peraturan 7 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan “Penarikan balik” perkataan “atau penggantungan”;
dengan menomborkan semula subperaturan 7(1) sebagai peraturan 7;
dalam subperaturan 7 yang dinomborkan semula itu—
dengan memasukkan selepas perkataan
“menarik balik”
perkataan “atau menggantung”;
P.U. (A) 476 8
dalam perenggan
, dengan menggantikan perkataan
“subperaturan 4(4)” dengan perkataan “subperaturan 3(2)”;
dalam perenggan (h), dengan memotong perkataan “atau”
di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (i)—
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan
“PeraturanPeraturan”
dengan perkataan
“Peraturan-Peraturan”; dan
dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (i) perenggan yang berikut:
“(j)
Suruhanjaya berpendapat bahawa—
pertubuhan perbadanan diluluskan tidak bertindak secara jujur; atau
pertubuhan perbadanan diluluskan dikendalikan dengan cara yang, atau yang berkemungkinan akan, bertentangan dengan kepentingan awam atau tidak selaras dengan kaedah-kaedahnya.”.
s 8Pindaan peraturan 8
Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
P.U. (A) 476 9
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “dengan cara yang terbuka, efisien dan berkesan, berdasarkan prinsip adil dan kemunasabahan” dengan perkataan “mengikut prinsip kebebasan, keadilan dan kesaksamaan, kemudahaksesan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan”; dan
dalam perenggan (2)(a), dengan menggantikan perkataan “yang diperuntukkan di bawah subperaturan
”
dengan perkataan
“dan fungsinya secara berkesan di bawah mana-mana peruntukan Akta,
Peraturan-Peraturan ini atau kaedah-kaedahnya.”.
s 9Pindaan peraturan 9
Peraturan 9 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
dalam nota bahu, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “list members” dengan perkataan “list of members”;
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “melaporkan”
dengan perkataan “mengemukakan kepada Suruhanjaya laporan”; dan
dengan menggantikan subperaturan (3) dengan subperaturan yang berikut:
“(3)
Pertubuhan perbadanan diluluskan itu hendaklah—
menyenggara suatu senarai anggota-anggotanya dan menyiarkan senarai itu di laman sesawangnya;
menyiarkan maklumat mengenai perkhidmatan penyelesaian pertikaian yang disediakan secara berkala di laman sesawangnya bagi mewujudkan kesedaran awam; dan
P.U. (A) 476 10
menyediakan apa-apa dokumen atau maklumat lain dalam apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”.
s 10Penggantian peraturan 11
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 11 dengan peraturan yang berikut:
Pertubuhan perbadanan diluluskan tidak boleh melantik mana-mana orang sebagai anggota lembaga pengarahnya melainkan—
suatu kelulusan bertulis daripada Suruhanjaya telah diperoleh; dan
orang itu memenuhi kriteria layak dan sesuai sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3.
Seseorang anggota lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah, pada setiap masa, memenuhi kriteria layak dan sesuai sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3.
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah dengan serta-merta menamatkan pelantikan mana-mana anggota lembaga pengarah yang tidak lagi memenuhi kriteria layak dan sesuai sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3.
Jika suatu persoalan berbangkit sama ada seseorang anggota lembaga pengarah memenuhi kriteria layak dan sesuai sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 3, Suruhanjaya hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk memutuskan perkara itu.”.
P.U. (A) 476 11
Peraturan baharu 11A dan 11B
s 11Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 11
peraturan yang berikut:
Lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tujuh orang anggota tetapi tidak lebih daripada sebelas orang anggota pada setiap masa, setara dengan jenis dan ruang lingkup pengendalian pertubuhan perbadanan diluluskan.
Pengerusi lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah dipilih oleh anggota lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan dalam kalangan mereka sendiri.
Pengerusi dan majoriti anggota lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah—
bukan dalam pekerjaan atau perkhidmatan yang aktif atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana anggota; dan
tidak mempunyai apa-apa kepentingan ketara dalam mana-mana anggota.
Lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah bertanggungjawab bagi pengurusan dan pengawasan pengendalian pertubuhan perbadanan diluluskan.
Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (1), tanggungjawab lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah termasuk—
P.U. (A) 476 12
memastikan bahawa hala tuju strategik, polisi dan objektif pertubuhan perbadanan diluluskan adalah selaras dengan kaedah-kaedahnya;
mengawasi tatacara dalaman bagi memastikan pertubuhan perbadanan diluluskan dikendalikan mengikut prinsip kebebasan, keadilan dan kesaksamaan, kemudahaksesan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keberkesanan;
memastikan bahawa kedudukan kewangan pertubuhan perbadanan diluluskan adalah kukuh dengan menyelia suatu strategi pendanaan yang wajar dan meluluskan bajet;
memastikan kecukupan sumber dan infrastruktur yang kompeten bagi membolehkan pengendalian pertubuhan perbadanan diluluskan lancar dan berkesan;
menyemak kecekapan dan keberkesanan pertubuhan perbadanan diluluskan;
memastikan pengendalian pertubuhan perbadanan diluluskan adalah mematuhi
Akta dan
Peraturan-Peraturan ini; dan
menyediakan tatacara bagi mengenal pasti dan mempertimbangkan perkara yang boleh bersifat sistemik bagi maksud perenggan 8(2)(b).
Lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah pada setiap masa bertindak demi kepentingan terbaik pertubuhan perbadanan diluluskan.
P.U. (A) 476 13
Lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan tidak boleh terlibat dalam pengendalian apa-apa pertikaian termasuk dalam membuat keputusan bagi pertikaian itu.”.
s 12Pindaan peraturan 13
Peraturan 13 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Award”;
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(1A)
Award yang diberikan oleh adjudikator boleh termasuk perkara yang berikut:
suatu award wang sehingga dua ratus lima puluh ribu ringgit sebagaimana yang difikirkan adil dan munasabah oleh adjudikator sebagai pampasan bagi apa-apa kerugian yang dialami oleh seseorang klien;
suatu arahan yang menghendaki seseorang anggota untuk mengambil langkah tertentu berhubung dengan suatu pertikaian atau tuntutan sebagaimana yang difikirkan patut oleh adjudikator;
suatu arahan yang menghendaki seseorang anggota untuk membayar balik kos sebenar yang ditanggung oleh klien yang layak berhubung dengan suatu pertikaian, tertakluk kepada had sebagaimana yang dinyatakan dalam
P.U. (A) 476 14
kaedah-kaedah pertubuhan perbadanan diluluskan; atau
apa-apa perkara lain sebagaimana yang diputuskan oleh seorang adjudikator tertakluk kepada kaedah-kaedah pertubuhan perbadanan diluluskan.”; dan
dengan memasukkan selepas subperaturan (4) subperaturan yang berikut:
“(5)
Suatu pertikaian yang melibatkan tuntutan wang yang melebihi jumlah maksimum dua ratus lima puluh ribu ringgit boleh dirujuk kepada pertubuhan perbadanan diluluskan jika klien yang layak dan anggota yang terlibat dalam pertikaian itu bersetuju—
untuk merujuk pertikaian itu kepada pertubuhan perbadanan diluluskan; dan
bahawa award wang boleh melebihi jumlah maksimum dua ratus lima puluh ribu ringgit.”.
s 13Pindaan peraturan 13A
Subperaturan 13A(2) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “subperaturan 8(3)” perkataan “, termasuk kegagalan untuk membayar apa-apa fi atau caj yang kena dibayar di bawah kaedah-kaedah”.
s 14Pindaan peraturan 14
Peraturan 14 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(3)
Bagi maksud subperaturan (1), pendedahan apa-apa dokumen atau maklumat yang bersifat rahsia kepada badan penyelesaian pertikaian atau badan lain adalah tertakluk kepada peraturan 15.”.
P.U. (A) 476 15
s 15Peraturan baharu 16
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 15
peraturan yang berikut:
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah melantik suatu pihak bebas yang mempunyai kepakaran yang berkaitan untuk menjalankan suatu semakan bebas terhadap pertubuhan perbadanan diluluskan, yang hendaklah termasuk suatu penilaian kualitatif dan kuantitatif terhadap prestasi pertubuhan perbadanan diluluskan, tiga tahun dari tarikh permulaan operasinya dan kemudiannya, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun.
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah berunding dengan
Suruhanjaya mengenai ruang lingkup semakan bebas dan terma pelantikan penyemak bebas.
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah—
bekerjasama dengan penyemak bebas dan memberikan akses kepada semua dokumen dan maklumat yang diminta;
dan
menanggung kos dan perbelanjaan bagi semakan bebas itu.
Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya suatu semakan bebas dijalankan atau mengarahkan supaya ruang lingkup semakan bebas itu diperluas.”.
Pemotongan Jadual 1 16.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong Jadual 1.
P.U. (A) 476 16
s 17Jadual baharu 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual 2
jadual yang berikut:
“JADUAL 3
[Perenggan 3(1)(c) dan peraturan 11]
Kriteria layak dan sesuai
Dalam menilai kelayakan dan kesesuaian seseorang sebagai anggota lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan, kriteria yang berikut hendaklah dipertimbangkan secara individu dan kolektif, dengan mengambil kira kepentingan relatif masing-masing:
s 1Kejujuran, integriti dan reputasi
sama ada orang itu sedang atau pernah tertakluk kepada apa-apa prosiding yang bersifat disiplin atau jenayah, atau telah diberitahu tentang apa-apa penyiasatan yang dijangka akan dibuat yang mungkin akan membawa kepada prosiding itu;
sama ada orang itu pernah melanggar mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang bertujuan untuk melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh ketidakjujuran, ketidakcekapan atau amalan salah;
sama ada orang itu pernah melanggar mana-mana kehendak, standard atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan oleh
Kerajaan, suatu pihak berkuasa pengawalseliaan atau badan profesional;
P.U. (A) 476 17
sama ada orang itu atau apa-apa perniagaan yang dia mempunyai kepentingan mengawal atau pengaruh yang ketara, pernah disiasat, tertakluk kepada apa-apa prosiding, didisiplinkan, digantung atau dicela oleh suatu pihak berkuasa pengawalseliaan, badan profesional, mahkamah atau tribunal, sama ada secara terbuka atau secara peribadi, termasuk permulaan apa-apa tindakan penguatkuasaan;
sama ada orang itu pernah terlibat dalam apa-apa amalan perniagaan yang memperdaya, menindas atau tidak wajar
(sama ada menyalahi undang-undang atau tidak), atau mencemarkan pelakuan profesionalnya;
sama ada orang itu pernah dibuang kerja, diminta untuk meletak jawatan atau telah meletak jawatan daripada pekerjaan atau daripada suatu jawatan beramanah, pelantikan fidusiari atau jawatan yang serupa disebabkan kejujuran dan integritinya dipersoalkan;
sama ada orang itu pernah dikaitkan, atas kapasiti pemunyaan atau pengurusan, dengan suatu syarikat, perkongsian atau persatuan perniagaan lain yang telah ditolak pendaftaran, kebenaran, keanggotaan atau lesen untuk menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion, atau yang pendaftaran, kebenaran, keanggotaan atau lesen untuk menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion telah dibatalkan, ditarik balik atau ditamatkan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
sama ada orang itu pernah memegang suatu jawatan yang dipertanggungjawabkan dengan pengurusan suatu perniagaan yang, semasa tempoh jawatannya, diletakkan di bawah penerimaan, insolvensi atau likuidasi tidak sukarela;
P.U. (A) 476 18
sama ada orang itu pernah menjadi pengarah atau terlibat secara langsung dalam pengurusan apa-apa perbadanan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang sedang atau telah digulung;
sama ada orang itu pernah menjadi pengarah atau terlibat secara langsung dalam pengurusan mana-mana entiti yang dilesenkan, didaftarkan atau diluluskan selainnya di bawah
Akta yang lesen, pendaftaran atau kelulusannya telah dibatalkan;
sama ada orang itu pernah bertindak secara tidak adil atau tidak jujur dalam urusannya dengan pelanggan, majikan, juruaudit atau pihak berkuasa pengawalseliaan;
sama ada orang itu pernah, pada bila-bila masa, menunjukkan bantahan keras atau keengganan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa pengawalseliaan yang menyebabkan berlakunya kegagalan atau kemungkinan berlakunya kegagalan untuk mematuhi kehendak atau standard undang-undang, pengawalseliaan atau profesional;
sama ada orang itu pernah menyumbang secara ketara kepada kegagalan suatu organisasi atau unit perniagaan;
sama ada orang itu pernah, pada bila-bila masa, menunjukkan bantahan keras atau tiada kesediaan untuk menyenggara sistem kawalan dalaman dan amalan pengurusan risiko yang berkesan;
sama ada orang itu pernah terlibat dalam apa-apa perkara yang boleh secara material menimbulkan percanggahan kepentingan atau mengganggu pelaksanaan
P.U. (A) 476 19
pertimbangannya apabila bertindak atas kapasiti seorang anggota lembaga pengarah;
sama ada orang itu pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keganasan; dan
sama ada orang itu pernah terlibat, dikaitkan dengan atau bertindak dengan cara yang mungkin mendatangkan keraguan tentang kelayakan, kecekapan dan kewajaran pertimbangannya.
s 2Kecekapan dan kebolehan
sama ada orang itu mempunyai kelayakan, kecekapan, latihan, kemahiran, pengalaman praktikal dan komitmen yang sesuai untuk memenuhi peranan dan tanggungjawab jawatan itu dengan berkesan;
sama ada orang itu menitikberatkan amalan tadbir urus yang wajar, mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang luas tentang produk dan perkhidmatan di pasaran modal, isu berkaitan dengan pelaburan termasuk perlindungan pelabur, dan berkebolehan untuk memberikan perspektif yang objektif tentang isu pelabur dan kepentingan awam;
sama ada orang itu mempunyai prestasi terdahulu, kepakaran atau kecekapan yang memuaskan dalam jenis perniagaan yang dijalankan;
sama ada orang itu mempunyai pengalaman dalam membuat keputusan strategik dan tadbir urus peringkat lembaga pengarah; dan
P.U. (A) 476 20
sama ada orang itu mempunyai latar belakang dalam, atau pemahaman tentang, undang-undang, kewangan, pelaburan, audit dan perakaunan, polisi Kerajaan dan polisi awam.
s 3Integriti kewangan
sama ada orang itu berupaya untuk memenuhi obligasi kewangannya, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, apabila obligasi itu menjadi kena dibayar;
sama ada orang itu pernah menjadi subjek hutang penghakiman yang belum ditunaikan, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, dan sama ada di dalam atau di luar
Malaysia; dan
sama ada orang itu telah diisytiharkan, dan belum dilepaskan sebagai, seorang bankrap.”.
Dibuat 30 Disember 2024
DATO’ MOHAMMAD FAIZ BIN AZMI
Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Diluluskan 31 Disember 2024
DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN
Menteri Kewangan II
P.U. (A) 476 21
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (DISPUTE RESOLUTION) (AMENDMENT)
REGULATIONS 2024