Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) (Pindaan) 2024 · As enacted
16. “Semakan bebas terhadap pertubuhan perbadanan diluluskan
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah melantik suatu pihak bebas yang mempunyai kepakaran yang berkaitan untuk menjalankan suatu semakan bebas terhadap pertubuhan perbadanan diluluskan, yang hendaklah termasuk suatu penilaian kualitatif dan kuantitatif terhadap prestasi pertubuhan perbadanan diluluskan, tiga tahun dari tarikh permulaan operasinya dan kemudiannya, sekurang-kurangnya sekali dalam setiap lima tahun.
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah berunding dengan
Suruhanjaya mengenai ruang lingkup semakan bebas dan terma pelantikan penyemak bebas.
Pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah—
bekerjasama dengan penyemak bebas dan memberikan akses kepada semua dokumen dan maklumat yang diminta;
dan
menanggung kos dan perbelanjaan bagi semakan bebas itu.
Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya suatu semakan bebas dijalankan atau mengarahkan supaya ruang lingkup semakan bebas itu diperluas.”.
Pemotongan Jadual 1 16.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memotong Jadual 1.
P.U. (A) 476 16