Skip to content

Seksyen 24

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013

P.U. (A)In forceProvision 24 of 31

Seksyen 24

(1)

Jika suatu perakuan hilang, cacat atau rosak, seorang pembedil boleh memohon bagi suatu salinan perakuan itu daripada Ketua Pengarah.

(2)

Dalam hal perakuan yang cacat atau rosak, permohonan hendaklah disertakan dengan perakuan yang asal.

23

(3)

Ketua Pengarah boleh meluluskan atau menolak permohonan di bawah subperaturan (1).

(4)

Jika Ketua Pengarah meluluskan permohonan itu—

(a)

dia hendaklah mengeluarkan suatu salinan perakuan dengan perkataaan “PENDUA” yang diendorskan pada salinan perakuan itu; dan

(b)

pembedil itu hendaklah membayar fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.