Skip to content

Seksyen 5

Notis pendengaran

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Jawatankuasa Pertikaian Sukan) 2022

P.U. (A)In forceProvision 5 of 13
Seksyen 5

(1)

Pengerusi hendaklah menetapkan tarikh, masa dan tempat pendengaran rujukan pertikaian yang difikirkan sesuai oleh Pengerusi dan memaklumkan tarikh, masa dan tempat pendengaran itu kepada Setiausaha.

P.U. (A) 54 5

(2)

Setiausaha hendaklah, apabila menerima dokumen di bawah subperaturan 3(3) dan pemakluman di bawah subperaturan (1), mengeluarkan suatu notis pendengaran kepada pemohon dan responden.

(3)

Suatu notis pendengaran boleh dikeluarkan kepada mana-mana orang pada bila-bila masa sehingga pendengaran rujukan pertikaian itu selesai.