Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Suatu jawatankuasa hendaklah ditubuhkan dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh aduan pertikaian diterima di bawah subperaturan 3(1) seperti yang berikut:
(a)
bagi aduan pertikaian antara anggota dengan anggota lain dalam badan sukan yang sama, jawatankuasa itu hendaklah ditubuhkan oleh badan sukan itu;
(b)
bagi aduan pertikaian antara anggota dengan jawatankuasa badan sukan yang sama, jawatankuasa itu hendaklah ditubuhkan oleh badan pengelola badan sukan itu; atau 5
(c)
bagi aduan pertikaian antara anggota dengan badan pengelola badan sukan yang sama, jawatankuasa itu hendaklah ditubuhkan oleh suatu badan pengelola badan sukan itu yang satu tahap lebih tinggi daripada badan pengelola badan sukan yang terlibat dalam aduan pertikaian itu.
Keanggotaan jawatankuasa