Skip to content

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Tatacara Dalaman bagi Penyelesaian Pertikaian dalam Badan Sukan) 2022

P.U. (A)In forceProvision 2 of 14
Seksyen 2

“anggota” ertinya seseorang yang menjadi ahli berdaftar kepada suatu badan sukan termasuk ahli sukan;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa pertikaian dalaman yang ditubuhkan di bawah peraturan 4;

“pemohon” ertinya anggota badan sukan atau jawatankuasa badan sukan atau badan pengelola badan sukan yang membuat aduan pertikaian di bawah

Peraturan-Peraturan ini;

“responden” ertinya anggota badan sukan atau jawatankuasa badan sukan atau badan pengelola badan sukan yang dinamakan dalam aduan pertikaian;

4

“setiausaha badan sukan” ertinya mana-mana orang yang memegang jawatan sebagai setiausaha bagi jawatankuasa induk badan sukan atau dalam keadaan jawatankuasa induk badan sukan itu tiada jawatan setiausaha, mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan setara yang melaksanakan fungsi yang sama seperti setiausaha bagi jawatankuasa induk badan sukan itu;

“setiausaha badan pengelola badan sukan” ertinya mana-mana orang yang memegang jawatan sebagai setiausaha bagi badan pengelola badan sukan atau dalam keadaan badan pengelola badan sukan itu tiada jawatan setiausaha, mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan setara yang menjalankan fungsi yang sama seperti setiausaha bagi badan pengelola badan sukan itu.