Skip to content

Seksyen 3

Aduan pertikaian

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Tatacara Dalaman bagi Penyelesaian Pertikaian dalam Badan Sukan) 2022

P.U. (A)In forceProvision 3 of 14
Seksyen 3

(1)

Mana-mana pemohon hendaklah membuat aduan pertikaian secara bertulis dan mengemukakan aduan pertikaian itu kepada setiausaha badan sukan atau setiausaha badan pengelola badan sukan, mana-mana yang berkenaan, mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

(2)

Aduan pertikaian yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah dikemukakan bersama dokumen sokongan bagi menyokong aduan pertikaian itu.