Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 4 hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan apa-apa bilangan anggota yang ditentukan dan dilantik oleh badan sukan atau badan pengelola badan sukan mengikut penubuhan jawatankuasa di bawah perenggan 4(a), (b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Semasa apa-apa tempoh kekosongan jawatan anggota jawatankuasa, badan sukan atau badan pengelola badan sukan yang menubuhkan jawatankuasa di bawah perenggan 4(a), (b) atau (c) boleh melantik mana-mana anggota badan sukan untuk melaksanakan fungsi jawatankuasa.
Setiausaha jawatankuasa