Skip to content

Seksyen 10

Pelanjutan permit penilaian luar pesisir

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 10 of 46
Seksyen 10

(1)

Pemegang permit penilaian luar pesisir boleh memohon secara bertulis kepada Agensi untuk pelanjutan tempoh permit penilaian luar pesisir, bersama dengan justifikasi yang sah bagi pelanjutan itu, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh permit penilaian luar pesisir itu.

(2)

Agensi boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subperaturan (1), membenarkan satu atau lebih lanjutan tempoh permit penilaian luar pesisir, tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkan patut oleh Agensi, bersama dengan justifikasi bagi pelanjutan itu.

(3)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan bayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.