Skip to content

Seksyen 11

Pelepasan

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 11 of 46
Seksyen 11

(1)

Jika pemegang permit penilaian luar pesisir tidak memohon lesen penyimpanan luar pesisir sebelum tamat tempoh permit penilaian luar pesisirnya, termasuk apa-apa lanjutan, atau jika Agensi enggan memberi pemegang permit penilaian luar pesisir itu lesen penyimpanan luar pesisir di bawah Bahagian IV, kawasan yang dinyatakan dalam permit penilaian luar pesisir itu hendaklah dilepaskan secara automatik.

P.U. (A) 346 11

(2)

Walaupun tempoh permit penilaian luar pesisir telah tamat dan kawasan yang dinyatakan dalam permit penilaian luar pesisir dilepaskan secara automatik di bawah subperaturan (1), pemegang permit penilaian luar pesisir itu masih berkewajipan untuk mematuhi kehendak yang dinyatakan dalam perenggan 12(3)(b), (c) dan (d).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.