Seksyen 16
Pemberian atau penolakan lesen penyimpanan luar pesisir
(1)
Apabila menerima permohonan di bawah peraturan 13 dan semua maklumat dan dokumen bersama dengan bayaran fi, Agensi hendaklah memproses permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir itu.
(2)
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki tidak dikemukakan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan baharu.
(3)
Agensi hendaklah meluluskan permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir hanya jika Agensi berpuas hati bahawa—
(a)
semua kehendak yang berkaitan yang diperuntukkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini telah dipatuhi;
(b)
pemohon berkebolehan dari segi kewangan; dan
(c)
pemohon cekap dari segi teknikal dan boleh dipercayai untuk mengendalikan dan mengawal tapak penyimpanan.
(4)
Jika permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir diluluskan oleh Agensi di bawah subseksyen 27(1) Akta, Agensi hendaklah mengeluarkan lesen penyimpanan luar pesisir kepada pemohon.