Skip to content

Seksyen 14

Jaminan kewangan bagi permohonan lesen penyimpanan luar pesisir

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 14 of 46
Seksyen 14

(1)

Permohonan bagi lesen penyimpanan luar pesisir di bawah peraturan 13 hendaklah disertakan dengan bukti yang menunjukkan bahawa pengendali luar pesisir mempunyai amaun jaminan kewangan yang mencukupi untuk menampung kos yang berbangkit daripada perkara yang berikut:

(a)

semua obligasi, liabiliti dan risiko; dan

(b)

obligasi untuk membayar kos kepada Agensi dan kos yang dinyatakan dalam subperaturan 30(3), 38(4) dan 41(4).

(2)

Kos yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) hendaklah termasuk kos yang mempunyai kaitan dengan penutupan tapak penyimpanan dan obligasi pasca-penutupan tapak penyimpanan sebelum obligasi itu dipindahkan kepada Kerajaan menurut seksyen 32 Akta.

(3)

Amaun dan bentuk jaminan kewangan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah ditentukan oleh pemohon berdasarkan semua maklumat dan dokumen yang diserahkan oleh pemohon itu sebagai sebahagian daripada permohonannya bagi lesen penyimpanan luar pesisir dan tertakluk kepada kelulusan Agensi.

P.U. (A) 346 14