Skip to content

Seksyen 25

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 25 of 46

Seksyen 25

(1)

Pengendali luar pesisir hendaklah memohon kepada Agensi jika terdapat apa-apa perubahan yang hendak dicadangkan berhubung dengan cara pengendalian tapak penyimpanan sebagaimana yang diluluskan oleh Agensi di bawah perenggan 19(l).

(2)

Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah menyatakan tarikh cadangan permulaan bagi apa-apa perubahan dan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh permulaan perubahan kepada cara pengendalian tapak penyimpanan itu.