Seksyen 22
Rancangan gerak balas kecemasan
(1)
Rancangan gerak balas kecemasan hendaklah memperuntukkan—
(a)
langkah-langkah dan prosedur keselamatan bagi perlindungan kesihatan dan keselamatan manusia, alam sekitar dan perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi daripada apa-apa mudarat atau kerosakan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh aktiviti yang dijalankan menurut permit penilaian luar pesisir atau lesen penyimpanan luar pesisir; dan
(b)
semua langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.
P.U. (A) 346 21
(2)
Mana-mana pemegang permit penilaian luar pesisir atau pengendali luar pesisir yang gagal mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.