Skip to content

Seksyen 3

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 3 of 46
Seksyen 3

“jaminan kewangan” ertinya surat cara kewangan atau perkiraan kewangan sebagaimana yang dipersetujui antara pengendali luar pesisir dengan Agensi, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa polisi insurans, gadaian atas akaun bank atau apa-apa aset lain, deposit wang, bon atau jaminan prestasi, jaminan bank, surat kredit, eskrow dan dana pengumpulan bersama;

P.U. (A) 346 6

“pasca-penutupan tapak penyimpanan” ertinya tempoh selepas penutupan tapak penyimpanan yang bermula dari pengeluaran sijil penutupan tapak penyimpanan oleh

Agensi di bawah subperaturan 40(1);

"pemegang permit penilaian luar pesisir” ertinya pemegang permit penilaian luar pesisir yang dikeluarkan di bawah subperaturan 7(3);

“penutupan tapak penyimpanan” ertinya suatu keadaan apabila tindakan pemberhentian muktamad suntikan karbon dioksida ke dalam tapak penyimpanan bermula sehingga pengeluaran sijil penutupan tapak penyimpanan oleh Agensi di bawah subperaturan 40(1).