Skip to content

Seksyen 6

Maklumat dan dokumen bagi permohonan permit penilaian luar pesisir

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 6 of 46
Seksyen 6

Permohonan bagi permit penilaian luar pesisir hendaklah termasuk maklumat yang berikut:

(a)

nama dan butiran pemohon;

(b)

kawasan tetap yang dicadangkan bagi penilaian geologi luar pesisir yang boleh merangkumi lebih daripada satu kompleks penyimpanan;

(c)

kaedah dan teknik yang dicadangkan bagi penilaian geologi luar pesisir, dan apa-apa bukti berhubung dengan kebenaran yang dikehendaki untuk menjalankan kaedah dan teknik itu; dan

(d)

apa-apa maklumat dan dokumen lain yang dikehendaki oleh Agensi, secara bertulis, menurut subseksyen 24(4) Akta atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Menteri.

P.U. (A) 346 9