Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 32

(a)

mempunyai amaun yang mencukupi untuk menampung kos yang timbul daripada obligasi yang dinyatakan dalam subperaturan 14(1);

P.U. (A) 346 28

(b)

sah dan berkuat kuasa sebelum permulaan suntikan karbon dioksida ke dalam tapak penyimpanan; dan

(c)

tetap berkuat kuasa sehingga pemindahan obligasi kepada Kerajaan menurut peraturan 42 berlaku.

(2)

Jika lesen penyimpanan luar pesisir dibatalkan di bawah peraturan 29, jaminan kewangan itu hendaklah terus berkuat kuasa—

(a)

sehingga lesen penyimpanan luar pesisir baharu diberikan kepada pengendali luar pesisir yang baharu menurut subperaturan 30(2); atau

(b)

jika tapak penyimpanan perlu ditutup berikutan pembatalan itu menurut perenggan 30(1)(a), sehingga pemindahan obligasi kepada

Kerajaan telah berlaku menurut subperaturan 45(2), dengan syarat bahawa obligasi kewangan untuk membuat bayaran levi suntikan yang disebut dalam perenggan 41(2)(b) Akta telah dipatuhi.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) dan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Penilaian dan pelarasan amaun jaminan kewangan

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025