Skip to content

Seksyen 33

Penilaian dan pelarasan amaun jaminan kewangan

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 33 of 46
Seksyen 33

(1)

Susulan setiap laporan yang dibuat oleh pengendali luar pesisir mengikut peraturan 35, Agensi hendaklah menilai sama ada amaun yang dijamin oleh jaminan kewangan mencukupi, dengan mengambil kira, termasuk—

(a)

risiko kebocoran yang dinilai; dan

(b)

anggaran kos bagi memenuhi obligasi yang dinyatakan dalam subperaturan 14(1).

(2)

Jika Agensi memutuskan, susulan penilaian di bawah subperaturan (1), bahawa amaun yang dijamin oleh jaminan kewangan itu perlu diselaraskan,

P.U. (A) 346 29

Agensi hendaklah memberitahu pengendali luar pesisir mengenai amaun baharu yang dikehendaki.

(3)

Jika amaun baharu yang dikehendaki lebih banyak daripada amaun awal, pengendali luar pesisir hendaklah menambah amaun jaminan kewangan itu dalam tempoh tiga bulan selepas diberitahu oleh Agensi di bawah subperaturan (2).

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.