Seksyen 37
Langkah-langkah jika berlaku kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan
(1)
Pengendali luar pesisir hendaklah memberitahu Agensi dengan serta-merta mengenai kejadian apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan.
P.U. (A) 346 33
(2)
Dalam hal keadaan sedemikian, pengendali luar pesisir hendaklah menjalankan penyiasatan dan melaksanakan apa-apa langkah pembetulan dan langkah pemulihan mengikut rancangan langkah pembetulan yang telah—
(a)
direka oleh pengendali luar pesisir mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat, untuk melindungi—
(i)
alam sekitar;
(ii)
kesihatan dan keselamatan manusia;
(iii)
sumber yang lain; dan
(iv)
aset pihak ketiga;
(b)
diserahkan kepada Agensi menurut peraturan 15 dan diluluskan oleh
Agensi; dan
(c)
sebagaimana ditentukan oleh Agensi mengikut laporan yang disediakan di bawah subperaturan 36(5).
(3)
Pengendali luar pesisir hendaklah dengan segera memberitahu Agensi, secara bertulis, tentang langkah-langkah pembetulan dan pemulihan yang dilaksanakan di bawah subperaturan (2).