Seksyen 39
Obligasi penutupan tapak penyimpanan
(1)
Pengendali luar pesisir yang berniat untuk memulakan penutupan tapak penyimpanan menurut seksyen 31 Akta hendaklah mengemukakan kepada Agensi permintaan secara bertulis yang disertakan dengan bayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(2)
Semasa penutupan tapak penyimpanan, pengendali luar pesisir itu—
(a)
hendaklah menjalankan aktiviti yang berikut mengikut kehendak
Peraturan-Peraturan ini—
(i)
memantau tapak penyimpanan dan melaporkan hasil pemantauan kepada Agensi;
(ii)
apa-apa langkah pembetulan;
(iii)
apa-apa langkah pemulihan; dan
(iv)
apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang dinyatakan dalam rancangan penutupan tapak penyimpanan pengendali luar pesisir
P.U. (A) 346 35
itu sebagaimana yang diluluskan oleh Agensi;
(b)
hendaklah menjalankan penyahtauliahan kemudahan dan struktur tapak penyimpanan itu setakat yang dikehendaki oleh Agensi; dan
(c)
kekal bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh tapak penyimpanan itu mengikut Peraturan-Peraturan ini.
(3)
Bagi maksud peraturan ini, “penyahtauliahan kemudahan dan struktur yang berkaitan bagi tapak penyimpanan” ertinya pembuangan, peninggalan atau pengguguran apa-apa aset, kelengkapan, kemudahan termasuk apa-apa kemudahan suntikan atau tangki, jentera, platform, talian paip, stesen pam, atau struktur lain, kekal atau tidak kekal, yang telah digunakan untuk apa-apa aktiviti yang dijalankan menurut lesen penyimpanan di luar pesisir yang tidak digunakan atau tidak diperlukan lagi untuk pengendalian tapak penyimpanan.