Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(2)
Jika apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan dikesan, Agensi hendaklah menggiatkan pemantauan sebagaimana yang diperlukan untuk menilai skala kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan itu dan keberkesanan langkah pembetulan.
(3)
Jika tapak penyimpanan telah ditutup menurut perenggan 40(1)(b), pemindahan obligasi kepada Kerajaan hanya boleh disifatkan sebagai telah berlaku—
(a)
apabila semua bukti yang boleh didapati menunjukkan bahawa karbon dioksida yang disimpan akan dibendung sepenuhnya dan selama-lamanya;
(b)
selepas tapak itu telah diadang; dan
(c)
pengendali luar pesisir telah menjalankan penyahtauliahan kemudahan dan struktur yang berkaitan bagi tapak penyimpanan itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 39(2)(b).