Skip to content

Seksyen 41

Obligasi selepas penutupan sebelum pemindahan obligasi kepada Kerajaan

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 41 of 46
Seksyen 41

(1)

Apabila sijil penutupan tapak penyimpanan dikeluarkan menurut perenggan 40(1)(a), obligasi yang dirujuk dalam subperenggan 39(2) hendaklah tetap menjadi tanggungjawab pengendali luar pesisir sehingga obligasi itu dipindahkan kepada

Kerajaan menurut seksyen 32 Akta.

(2)

Sebagai tambahan kepada obligasi di bawah subperaturan (1), pengendali luar pesisir juga hendaklah mematuhi kehendak yang dinyatakan dalam rancangan muktamad bagi pasca-penutupan tapak penyimpanan yang disebut dalam perenggan 40(2)(c).

(3)

Jika tapak penyimpanan telah ditutup disebabkan oleh pembatalan lesen penyimpanan luar pesisir oleh Agensi menurut perenggan 30(1)(a), Agensi hendaklah bertanggungjawab untuk memantau tapak penyimpanan dan menjalankan apa-apa langkah pembetulan atau langkah pemantauan yang dikehendaki menurut

Peraturan-Peraturan ini.

(4)

Agensi hendaklah mendapatkan semula daripada pengendali luar pesisir kos yang ditanggung berhubung dengan langkah-langkah yang disebut dalam subperaturan (3), termasuk dengan menggunakan jaminan kewangan yang diberikan menurut peraturan 32.