Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 7

(1)

Apabila menerima permohonan di bawah peraturan 6 dan semua maklumat dan dokumen bersama dengan bayaran fi, Agensi hendaklah memproses permohonan bagi permit penilaian luar pesisir itu.

(2)

Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki tidak dikemukakan oleh pemohon dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Agensi, permohonan itu hendaklah disifatkan sebagai ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tidak menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan baharu.

(3)

Jika permohonan bagi permit penilaian luar pesisir diluluskan oleh Agensi di bawah subseksyen 25(1) Akta, Agensi hendaklah mengeluarkan permit penilaian luar pesisir kepada pemohon.

Hak di bawah permit penilaian luar pesisir

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025