Seksyen 1
(2)
Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa bagi tempoh mulai 4 Mei 2020
hingga 12 Mei 2020.
Tafsiran
/akn/my/act/pua/2020/136
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 5) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 136 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Opening note
Peraturan-Peraturan ini berkuat kuasa bagi tempoh mulai 4 Mei 2020
hingga 12 Mei 2020.
Tafsiran
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
“aktiviti terlarang” ertinya aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual;
“kawasan tempatan jangkitan” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tempatan jangkitan di bawah Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan
Jangkitan) 2020 [P.U. (A) 87/2020].
1698
Aktiviti terlarang
Tiada seorang pun boleh melakukan, menganjurkan, mengusahakan atau selainnya terlibat dalam, mana-mana aktiviti terlarang.
Kawalan pergerakan di dalam kawasan tempatan jangkitan
Tiada seorang pun boleh masuk ke dalam atau keluar dari suatu tempat yang tertakluk kepada suatu perintah kawalan pergerakan diperketat kecuali mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan dan perubatan atau yang diberikan kebenaran oleh pegawai diberi kuasa.
Bagi maksud subperaturan (2), “perintah kawalan pergerakan diperketat”
merujuk kepada arahan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subseksyen 11(3) Akta.
Kawalan pergerakan di antara kawasan tempatan jangkitan
Jika kerana sebab khas dan tertentu seseorang perlu bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain, orang itu hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis yang menjaga balai polis yang paling hampir dengan rumahnya.
Larangan berhimpun dan berarak
Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan bagi pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke pengebumian itu tidak melebihi dua puluh.
Kenderaan persendirian
Mana-mana orang yang memandu kenderaan persendirian tidak boleh membawa lebih daripada tiga penumpang dan penumpang itu hendaklah orang yang tinggal serumah dengannya.
1699
Pengangkutan awam
Walau apa pun subperaturan (1), seseorang pemandu kereta sewa, teksi, teksi lapangan terbang, teksi mewah atau kenderaan e-hailing tidak boleh membawa lebih daripada dua penumpang bagi setiap perjalanan.
Kehendak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia
Seseorang warganegara, pemastautin tetap Malaysia atau ekspatriat yang pulang dari luar negara hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan apabila tiba di Malaysia sebelum mendapatkan pelepasan imigresen di mana-mana pintu masuk dan hendaklah mematuhi apa-apa arahan seseorang pegawai diberi kuasa.
Permintaan maklumat
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh meminta apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit daripada mana-mana orang atau kumpulan orang.
Arahan Ketua Pengarah
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau kumpulan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit termasuk apa-apa arahan kepada mana-mana orang atau kumpulan orang yang melakukan, menganjurkan, mengusahakan, atau yang selainnya terlibat dalam, apa-apa aktiviti selain aktiviti terlarang.
Kesalahan
Jika mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Peraturan-Peraturan ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian
1700
liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu; dan
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya;
dan
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Pembatalan
Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 4) 2020
[P.U. (A) 133/2020] dibatalkan.
JADUAL
AKTIVITI TERLARANG
[Peraturan 2]
1.
Aktiviti hiburan, riadah dan rekreasi yang boleh menyebabkan ramai orang berhimpun
2.
Aktiviti yang berhubungan dengan perayaan keagamaan, kebudayaan dan kesenian yang boleh menyebabkan ramai orang berhimpun
3.
Aktiviti perniagaan yang boleh menyebabkan ramai orang berhimpun
4.
Aktiviti di penginapan berpusat pekerja, hostel dan asrama pekerja yang boleh menyebabkan ramai orang berhimpun
5.
Menyedang pakaian, penggunaan bilik acu di kedai pakaian, mencuba aksesori fesyen di kedai dan menyediakan sampel penguji kosmetik di kedai
1701
6.
Perkhidmatan di kedai gunting rambut dan salun kecantikan
7.
Penggambaran filem, drama, dokumentari dan iklan
8.
Aktiviti kapal persiaran, perkhidmatan pelancongan, dan perkhidmatan di premis penginapan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992
[Akta 482]
9.
Aktiviti pemasangan dan penyenggaraan jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) dan kren menara di tapak bina secara berkumpulan yang boleh menyebabkan berlakunya perhimpunan
10.
Peperiksaan Teori dan Amali Pembedil (Peletupan) bagi industri perlombongan dan pengkuarian
11.
Pensijilan bagi agrikomoditi
12.
Aktiviti industri perkhidmatan kewangan dan perbankan, yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran, bukan di dalam premis institusi kewangan dan bank, atau di tempat awam
13.
Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan di dalam premis perniagaan, atau di tempat awam, tidak termasuk perniagaan makanan di medan selera, pusat penjaja, gerai makan, trak makanan, dan seumpamanya
Dibuat 3 Mei 2020
[KKM.600-29/4/146 Jld.2 (30); PN(PU2)470/VI]
Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba
Menteri Kesihatan
PREVENTION AND CONTROL OF INFECTIOUS DISEASES ACT 1988
Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within
Infected Local Areas) (No. 5) Regulations 2020
In exercise of the powers conferred by subsection 11(2) of the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342], the Minister makes the following regulations:
Citation and commencement
1. (1) These regulations may be cited as the Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within Infected Local Areas) (No. 5)
Regulations 2020.
These Regulations have effect for the period from 4 May 2020 to 12 May 2020.
1702
Interpretation
2. In these Regulations—
“prohibited activity” means the activity specified in the Schedule;
“infected local area” means any area declared to be an infected local area under the Prevention and Control of Infectious Diseases (Declaration of Infected
Local Areas) Order 2020 [P.U. (A) 87/2020].
Prohibited activity
3. No person shall carry out, organize, undertake or otherwise be involved in, any prohibited activity.
Control of movement within infected local area
4. (1) Subject to subregulation (2), a person may move from one place to another place within any infected local area.
No person shall enter into or exit from a place that is subject to an enhanced movement control order except any person who is providing healthcare and medical services or is given permission by an authorized officer.
For the purposes of subregulation (2), “enhanced movement control order” refers to a direction given by an authorized officer under subsection 11(3) of the Act.
Control of movement between infected local areas
5. (1) No person shall move from one infected local area to another infected local area except to and from work, and in relation to a person who is stranded at any place due to control of movement under the Act, to return home.
Where due to a special and particular reason a person needs to move from one infected local area to another infected local area, that person shall obtain prior written permission of the police officer in charge of the police station nearest to his home.
Control of gathering and procession
6. (1) No person shall in any way participate or be involved in any gathering or procession, whether for economic, religious, educational and learning, sports, recreational, social or cultural purposes.
Notwithstanding subregulation (1), a person may gather or be involved in a gathering for a funeral on the condition that the attendance at such funeral shall not exceed twenty.
1703
Private vehicle
7. Any person driving a private vehicle shall not carry more than three passengers and such passengers shall be persons staying in the same house as him.
Public transport
8. (1) A holder of any land, sea or air public transport licence or permit to carry passengers shall ensure that the public transport relating to his licence or permit does not carry more than half of the total maximum capacity of the number of passengers that may be carried on board the public transport for each journey.
Notwithstanding subregulation (1), a driver of a hire car, taxi cab, airport taxi cab, limousine taxi cab or e-hailing vehicle shall not carry more than two passengers for each journey.
Requirement to undergo health examination upon arrival in Malaysia
9. A citizen, a permanent resident of Malaysia or an expatriate returning from overseas shall undergo health examination upon arrival in Malaysia before proceeding for immigration clearance at any point of entry and shall comply with any direction of an authorized officer.
Request for information 10.
An authorized officer may request for any information relating to the prevention and control of infectious disease from any person or body of persons.
Direction of Director General 11.
The Director General may issue any direction in any manner, whether generally or specifically, to any person or group of persons to take such measures for the purpose of preventing and controlling any infectious disease including any direction to any person or group of persons carrying out, organizing, undertaking, or who is otherwise involved in, any other than a prohibited activity.
Offence
12. (1) Any person who contravenes any provision of these Regulations or any direction of the Director General or an authorized officer commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.
1704
Where any person who commits an offence under these Regulations is a company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons, a person who at the time of the commission of the offence was a director, compliance officer, partner, manager, secretary or other similar officer of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was purporting to act in the capacity or was in any manner or to any extent responsible for the management of any of the affairs of the company, limited liability partnership, firm, society or other body of persons or was assisting in its management—
may be charged severally or jointly in the same proceedings with the company, limited liability partnership, firm, society or the body of persons; and
if the company, limited liability partnership, firm, society or the body of persons is found guilty of the offence, shall be deemed to be guilty of that offence and shall be liable to the same punishment or penalty as an individual unless, having regard to the nature of his functions in that capacity and to all circumstances, he proves—
that the offence was committed without his knowledge; and
that the offence was committed without his consent or connivance and that he had taken all reasonable precautions and exercised due diligence to prevent the commission of the offence.
Revocation 13.
The Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within
Infected Local Areas) (No. 4) Regulations 2020 [P.U. (A) 133/2020] are revoked.
PROHIBITED ACTIVITY
[Regulation 2]
1.
Entertainment, leisure and recreational activities which may cause a crowd to gather
2.
Activities relating to religious, cultural and art festivities which may cause a crowd to gather
3.
Business activities which may cause a crowd to gather
4.
Activities at a centralized labour quarters, employees’ hostel and dormitory which may cause a crowd to gather
5.
Fitting of clothes, using fitting rooms in clothes stores, trying on fashion accessories in stores and providing cosmetic testers in stores
1705
6.
Services in barbershops and beauty salons
7.
Filming movies, dramas, documentaries and advertisements
8.
Cruise ship activities, tourism services, and services at accommodation premises under the Tourism Industry Act 1992 [Act 482]
9.
Installation and maintenance of machinery activities (lift, escalator, boiler and others) and tower crane at construction sites in groups which may cause a gathering
10.
Theory and Practical Examinations for Shot-firer (Blasting) for mining and quarrying industry
11.
Certification for agri commodities
12.
Activities of financial services industry and banking, involving sales and marketing, not within the premises of financial institutions and banks, or in public places
13.
Commercial activities involving sales and marketing not within business premises, or in public places, not including food business at food courts, hawker centres, food stalls, food trucks, and the like
Made 3 May 2020
[KKM.600-29/4/146 Jld.2 (30); PN(PU2)470/VI]
Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba
Minister of Health
P.U. (A) 136-137.