Seksyen 5
Kawalan pergerakan di antara kawasan tempatan jangkitan
P.U. (A)In forceProvision 5 of 13
Seksyen 5
(1)
Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali untuk pergi dan balik kerja, dan berhubung dengan seseorang yang terkandas di mana-mana tempat kerana kawalan pergerakan di bawah Akta, untuk pulang ke rumah.
(2)
Jika kerana sebab khas dan tertentu seseorang perlu bergerak dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain, orang itu hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pegawai polis yang menjaga balai polis yang paling hampir dengan rumahnya.