Seksyen 6
Larangan berhimpun dan berarak
P.U. (A)In forceProvision 6 of 13
Seksyen 6
(1)
Tiada seorang pun boleh dalam apa-apa cara menyertai atau terlibat dalam apa-apa perhimpunan atau perarakan, sama ada bagi maksud ekonomi, keagamaan, pendidikan dan pembelajaran, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan bagi pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke pengebumian itu tidak melebihi dua puluh.